Sempena dengan Hari Kokurikulum Mingguan UTM bagi tahun 2022, Perpustakaan UTM telah  menganjurkan program  perkongsian ilmu yang bertajuk “Mathematical Challenges: From Complex Modelling to Big Data Analytics” secara dalam talian pada 19 April 2022 menerusi Facebook dan Youtube Perpustakaan UTM. Panel jemputan ialah Prof. Madya Dr. Norma binti Alias dari Jabatan Matematik, Fakulti Sains, UTM dan moderator program ialah Encik Mohamad Fahiezan bin Md. Zan, Pustakawan dari Perpustakaan UTM.

Pada awal program panel menyatakan mengenai cabaran dunia matematik dan seterusnya perubahan data dari ‘complex modeling’ kepada ‘big data analytics’. Turut dikongsikan oleh panel adalah sejarah (time flow) perubahan yang berlaku daripada ‘complex model’ ke ‘big data’. Antara lain yang dinyatakan ialah cabaran yang berlaku dalam ‘big data analytics’ dan cara menanganinya, pengaplikasian atau penggunaan ‘big data’, peranan pakar matematik dan pakar statistik, bagaimana ‘big data analytics’ menangani cabaran yang berlaku serta peranan data dalam perubahan karier dalam era endemik. Penggunaan ‘big data analytics’ banyak membantu dalam beberapa sektor seperti pentadbiran, perbankan, pendidikan, kesihatan, pertanian, makanan dan lain-lain.

Secara kesimpulannya, bidang ini amat membantu dalam membuat keputusan dengan lebih tepat berdasarkan data. Keberkesanan penyelesaian analisis data dapat terus berkembang dengan sewajarnya dari masa ke semasa. Kerjaya pada masa hadapan juga dapat direka bentuk semula berdasarkan inovasi dan bidang pengetahuan baharu dan teknologi AI (Kecerdasan Buatan). Terdapat juga keperluan kepada transformasi penyelidikan digital semasa era endemik. Keperluan nilai holistik yang dapat membentuk atau memanusiakan pendidikan 4.0 dan revolusi industri 4.0.

Share this :