Buat julung kalinya Perpustakaan UTM dengan kerjasama Kelab Catur Staf UTM (KECAS) dan Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Negeri Johor (PCOKUNJ) telah mengadakan acara Kejohanan Catur Piala Tan Sri Saleh (Pro Canselor Utm) bagi tahun 2022. Acara ini diadakan pada 28 Mei 2022 bermula pada jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang secara maya dengan menggunakan platform Lichess sebagai medan pertembungan. Sejumlah RM 2,600 wang hadiah yang ditawarkan dan 30 kategori telah dipertandingan. Kejohanan dimulakan dengan rakaman ucapan Yang Berbahagia Pro Canselor UTM Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor.
Seramai 301 peserta berdaftar telah menyertai kejohanan ini yang terdiri dari tiga kategori iaitu 82 orang peserta terbuka, 82 orang peserta bawah 17 tahun dan 137 peserta bawah 12 tahun. Peserta bernama Tan Khai Boon dari Pulang Pinang telah memenangi hadiah utama iaitu wang tunai RM 400 berserta Piala Pusingan Kejohanan dan sijil.
Pihak Perpustakaan UTM mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua AJK atas komitmen padu dan kerjasama cemerlang dalam memastikan kejayaan penganjuran kejohanan berjalan dengan lancar terutama penasihat program Encik Azri bin Hohad dan Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Nasrul Humaimi Bin Mahmood atas kesudian menjadi ketua penyelaras pengadilan (arbiter) serta sinergi untuk kejohanan catur ini. Pihak Perpustakaan UTM juga mengucapkan tahniah kepada para pemenang dan semoga kejohonan ini dapat membina hubungan baik diantara Perpustakaan UTM dengan pelbagai pihak luar di seluruh negara disamping membina komuniti yang sihat dengan acara seperti ini.