Pada 30 Mei 2022 (Isnin) telah berlangsung lawatan tapak oleh panel penilai bagi Audit Akreditasi Program Diploma Ukur Tanah, SPACE UTM Kuala Lumpur. Proses lawatan bermula pada 3.30 petang sehingga 4.00 petang. Semasa lawatan ini dijalankan, Puan Khairun Nadzrah Khalid, Pustakawan Perpustakaan UTM KL yang dibantu oleh pembantu pustakawan telah memberikan penerangan mengenai koleksi yang terdapat di perpustakaan UTM KL dan cara pencarian bahan menggunakan OCEAN di laman web perpustakaan UTM kepada panel penilai.

Program diakhiri dengan sesi soal jawab bagi memenuhi keperluan dan kriteria Audit Akreditasi Program Diploma Ukur Tanah SPACE UTM KL.

 

Share this :