Pada 7 Jun 2022, Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menerima lawatan daripada Universiti Malaysia Sarawak seramai 17 orang peserta beserta 2 orang wakil pengiring daripada fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU). Lawatan tersebut telah berlangsung bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada 3.30 petang.

Para pelawat dibawa melawat ke setiap aras bagi merasai pengalaman mengunjungi Perpustakaan. Tidak ketinggalan ialah lawatan ke Galerium Perpustakaan UTM yang menempatkan pelbagai peralatan dan perkakasan yang digunakan sejak awal penubuhan UTM dan mempelajari serba sedikit tentang sejarah UTM. Semasa lawatan ini dijalankan, pelawat menzahirkan rasa kagum kerana berpeluang melihat kekayaan sumber ilmu Perpustakaan UTM.

Semoga lawatan ini memberi manfaat dan motivasi kepada para pelajar agar lebih bersemangat untuk menuntut ilmu hingga ke manara gading.

Share this :