Librarian’s Talk siri kelima anjuran Perpustakaan UTM telah diadakan pada 23 Jun 2022 secara langsung melalui FB Live Perpustakaan UTM & Youtube Perpustakaan UTM. Panel jemputakan kali ini ialah Encik Mohd Zaidi bin Othman, Pustakawan Kanan, Seksyen Pembangunan Multimedia, Bahagian Automasi & Multimedia dan moderator ialah Encik Mohammad Fikri bin Yusof, Pustakawan, Seksyen Perkhidmatan Maklumat, Penyelidikan dan Sirkulasi.

Panel memulakan perkongsian dengan menerangkan definisi media dan multimedia. Seksyen Multimedia bertanggungjawab untuk mengembangkan dan menguruskan pendigitalan koleksi audio visual UTM, perolehan audio visual serta pengurusan video yang dihasilkan oleh UTM dan Perpustakaan khasnya untuk menyokong pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan perundingan.

Seterusnya panel berkongsi kepentingan multimedia seperti kemudahan penyebaran maklumat yang interaktif, sokongan pembelajaran secara fleksibel dan pembelajaran berkesan. Seterusnya panel menerangkan mengenai peranan Perpustakaan UTM dalam pembangunan multimedia.

Antara cabaran kepentingan multimedia perpustakaan ialah kemahiran dan kepakaran dalam multimedia, storan perolehan/ penyimpanan data multimedia, perkembangan peralatan teknologi multimedia dan kesedaran kepentingan penyimpanan bahan multimedia. Sebagai rumusan, perpustakaan bertanggungjawab dalam mengekalkan dan memulihara bahan media yang ada untuk warisan generasi akan datang.

 

Share this :