Fasilitator Kursus Kemahiran Komunikasi Melalui Teknologi Dalam Literasi Maklumat telah diadakan ialah Puan Haliza binti Zainal, Pustakawan Kanan, Seksyen Perkhidmatan Maklumat. Kursus ini diadakan secara dalam talian melalui medium Webex pada 17 Mei 2022 secara atas talian bermula jam 3.00 sehingga 4.00 petang.

Objektif kursus ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada semua Pustakawan untuk menyediakan diri dengan maklumat dan tips berkaitan komunikasi meggunakan teknologi terkini dalam menjalankan kelas secara dalam talian. Pelbagai panduan berguna dikongsikan kepada semua pustakawan agar mutu penyampaian maklumat dapat dipertingkatkan dengan lebih efektif dan berkesan.

Semoga kesemua ilmu yang diberikan kepada Pustakawan yang hadir di dalam kursus dapat digunapakai dalam kelas yang akan diadakan mengikut kesesuaian dan keperluan memandangkan kadar peningkatan permohonan kelas pendidikan pengguna yang tinggi pada masa ini.

 

 

Share this :