Pada 17 Mei 2022 (Selasa) telah diadakan Kursus Kemahiran Teknik Perkhidmatan Rujukan dan Penyelidikan (Retrieve & Evaluate Information) bermula jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengahari secara dalam talian menggunakan aplikasi Webex. Panel jemputan ialah Puan Syazwani Syamimi binti Mat Pauzi, Pustakawan Kanan, Seksyen Perkhidmatan Maklumat dan Penyelidikan.

 

Kursus ini telah dihadiri oleh semua Pustakawan Perpustakaan UTM cawangan Johor Bahru, Hub Pagoh dan Kuala Lumpur. Antara intipati yang disampaikan dalam kursus ini ialah penyampaian perkhidmatan kepada pengguna yang berkesan dan efektif melalui teknik yang betul dan memahami keperluan serta kehendak pengguna untuk membuat pencarian maklumat.

 

Semoga kursus ini memberi manfaat dan meningkatkan kemahiran para pustakawan untuk menyantuni para pengguna di Perpustakaan UTM selain menyalurkan maklumat yang tepat dan jelas.

 

Share this :