Satu Kursus Pengenalan Ekosistem Penyelidikan di Fakulti telah diadakan pada 17 Mei 2022 (Selasa) jam 9.00 pagi secara dalam talian melalui medium Webex. Panel jemputan ialah YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi bin Abu@Hussin, Timbalan Dekan Penyelidikan, Inovasi dan Pembangunan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Kursus ini telah dihadiri oleh semua Pustakawan Perpustakaan UTM dari Johor Bahru, Hub Pagoh dan UTM Kuala Lumpur.

PM Dr Mohd Fauzi telah menerangkan struktur pentadbiran penyelidikan di fakulti sebagai panduan kepada semua Pustakawan untuk membantu pihak universiti sebagai Data Steward diperingkat fakulti. Semoga maklumat yang diperolehi dari kursus ini dapat memberi gambaran skop tugas yang akan digalas dan seterusnya dapat membantu untuk mempersiapkan diri bagi mencurah khidmat bakti.

 

 

 

Share this :