Perpustakaan UTM turut menyokong sesi Jom Baca Bersama 10 Minit 2022 yang diadakan serentak seluruh negara bersempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia pada 21 April 2022 (Khamis) bermula pada jam 10.00 pagi hingga 10.10 pagi di Library Lounge, Perpustakaan UTM.

Sesi kali ini yang bertemakan “Bangkit Baca dan Bersyukur”ini turut diserikan dengan kehadiran Mantan Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Omar dengan diiringi Puan Nor Asikin Mohd, Ketua Pustakawan serta barisan Pengurusan Tertinggi Perpustakaan UTM. Tidak ketinggalan staf perpustakaan dari semua cawangan Perpustakaan UTM telah memberi sokongan dan kerjasama dengan membaca bersama.

 

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang mengambil bahagian. Semoga usaha kecil ini dapat meningkatkan kesedaran dan semangat untuk menimba ilmu pengetahuan sama ada untuk panduan hidup mahupun kerja.

 

Share this :