Kursus Pengurusan Data Penerbitan Penyelidikan & Analisa Data Penyelidikan telah diadakan pada 18 Mei 2022 secara atas talian melalui medium webex dari jam 2.30 – 5.00 petang oleh Puan Norsyuhada binti Syafie, Pustakawan Kanan dari Seksyen Perkhidmatan Maklumat dan Penyelidikan, Bahagian Perkhidmatan Jabatan Perpustakaan UTM.

Peserta adalah terdiri daripada semua Pustakawan Johor Bahru, Hub Pagoh dan Kuala Lumpur. Tujuan utama diadakan kursus ini adalah untuk meningkatkan kompetensi para Pustakawan dalam menguruskan serta menganalisa data penerbitan dan penyelidikan. Selain itu, panel turut diberikan memberikan beberapa contoh cara menjalankan pengesahan penerbitan kepada peserta. 

Semoga kurusus ini memberikan manfaat berguna serta proses pengesahan dapat dijalankan dengan lancar dan efektif.

 

Share this :