Library Lounge Perpustakaan UTM terletak di Aras 2, Bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah, Johor Bahru. Ia menggantikan Bilik Belajar 24 Jam lama yang diubahsuai dan diberi nafas baru demi keselesaan pelajar UTM. Fungsiannya tetap sama iaitu boleh diakses oleh para pelajar pada bila-bila masa mengikut keperluan dan kesesuaian tanpa had masa bagi setiap pelajar. 

Semoga usaha ini memberi manfaat selain mampu meningkatkan lagi mutu penyampaian perkhidmatan perpustakaan selain menyokong proses pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di universiti.

 

Share this :