Pada 2 Ogos 2022, Perpustakaan UTM Kuala Lumpur telah menerima lawatan dari Dr Ghazali Mohamed Fadzil (Presiden Persatuan Pustakawan Malaysia). Puan Nik Masriza Binti Zakaria (Timbalan Ketua Pustakawan, Kuala Lumpur) dan Puan Sharifah Radhiah Binti Syed Azman (Pustakawan) telah memandu lawatan ini dengan membawa Dr Ghazali Mohamed Fadzil menelusuri Perpustakaan untuk melihat lebih dekat kemudahan dan juga fasiliti yang disediakan untuk pengguna.
Selain itu, beliau turut dibawa ke ruang Gallery@UTMKL dan ruang Pameran 50 tahun UTM yang terletak di Aras 2, Perpustakaan. Seterusnya adalah lawatan ke ruang Wisdom Lounge dan tidak dilepaskan peluang untuk mengadakan perbincangan disana beliau serta wakil perpustakaan saling bertukar pendapat serta buah fikiran dalam menjadikan perpustakaan tempat yang terbaik untuk semua, khasnya pelajar antara Dr Ghazali Mohamed Fadzil dan Pustakawan PSZ KL.
Terima kasih Dr Ghazali Mohamed Fadzil atas kesudian membuat lawatan ke Perpustakaan UTM Kuala Lumpur. Semoga hubungan baik ini kekal berterusan dan sekaligus mewujudkan idea dalam menaik taraf perkhidmatan, kemudahan dan sebagainya.