Program ini telah diadakan pada 28 Julai 2022 secara online melalui medium webex, dari jam 9.30 pagi hingga 10.30 pagi. Panel Penceramah bagi Siri Bicara Pengurusan ini adalah Timbalan Ketua Pustakawan (Perkhdmatan), Puan Kamariah binti Mohamed Jong. Siri Bicara Pengurusan ini diadakan secara berkala setiap bulan dikalangan semua Pentadbir Jabatan Perpustakaan UTM. Program pada kali ini membincangkan fungsi dan skop tugas di bawah Bahagian Perkhidmatan iaitu Seksyen Perkhidmatan, Seksyen Penyelidikan dan Seksyen Pengurusan Koleksi.

Sesi dimulakan dengan penerangan carta organisasi Jabatan Perpustakaan UTM dan fokus diberikan kepada Bahagian Perkhidmatan. Terdapat beberapa perubahan utama yang berlaku dalam bahagian ini iaitu di dalam Seksyen Penyelidikan. Terdapat enam (6) orang Pustakawan Kanan telah terpilih sebagai Knowloedge Management Officer (KMO) di sekolah-sekolah Fakulti Kejuruteraan UTM Johor Bahru. Mereka ditempatkan di sekolah-sekolah dibawah seliaan Naib Pengerusi (Penyelidikan dan Staf Akademik) sekolah-sekolah Fakulti Kejuruteraan dan ditugaskan untuk membantu penyelidikan di peringkat fakulti. Mereka diletakkan di bawah Unit Sokongan Penyelidikan. Unit-unit lain di bawah Seksyen Penyelidikan adalah Unit Sokongan Pendidikan Pengguna dan Unit Penerbitan Penyelidikan.

Selain itu, Seksyen Pengurusan Koleksi merangkumi Unit Sirkulasi Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) dan Unit Sirkulasi Perpustakaan Sultanah Zarith Sofiah (PRZS) serta Unit Perpustakaan Fakulti telah diletakkan di bawah satu ketua iaitu Seksyen Pengurusan Koleksi. Seksyen Perkhidmatan merangkumi Unit Perundingan Maklumat PSZ dan PRZS, Unit Pengurusan Maklumat, Unit Promosi dan Unit Hub Pendidikan Tinggi Pagoh. Kursus ini telah dihadiri oleh semua staf Jabatan Perpustakaan UTM secara online.

Share this :