Pada 8 September 2022 yang lalu, Perpustakaan Raja Zarith Sofiah telah menerima lawatan daripada Pelajar Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Damai, Pasir Gudang, Johor yang terdiri daripada 15 orang pelajar bersama 10 orang ibu bapa dan 3 orang pegawai pengiring. Pelajar Darjah 6 yang mengikuti lawatan ini juga merupakan Kelab Bola Sepak Harimau Nusa (Harimau Nusa Football Club).

 

Penerangan mengenai kemudahan, perkhidmatan dan fasiliti di Perpustakaan UTM bangunan PRZS diberikan selain para pelajar turut dibawa untuk melawat disekitar Perpustakaan. Semoga lawatan ini dapat menyuntik semangat para pelajar untuk berjaya dalam bidang akademik dalam masa yang sama bergiat aktif dalam sukan. Lawatan berakhir pada sekitar jam 3.30 petang.

 

 

Share this :