Jabatan Perpustakaan UTM di bawah Jawatankuasa Pertandingan Sustainable Development Goal (SDG) Perpustakaan Akademik, Anjuran Jawatankuasa Tetap Perpustakaan Akademik telah menganjurkan Majlis Penghargaan Pertandingan Sustainable Development Goals pada Khamis, 7 Julai 2022 di Bilik Jamuan, Bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah.
Majlis julung kali diadakan untuk meraikan dan menghargai jasa staf yang telah banyak menyumbang buah fikiran, bakti serta tenaga dalam memastikan kejayaan Pertandingan Sustainable Development Goals.
Majlis dihadiri oleh Ketua Pustakawan, Timbalan Ketua Pustakawan, Ketua Seksyen dan Jawatankuasa Pertandingan Sustainable Development Goal (SDG) Perpustakaan Akademik, Anjuran Jawatankuasa Tetap Perpustakaan Akademik. Majlis diserikan dengan ucapan aluan daripada Ketua Pustakawan, diikuti ucapan balas daripada Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Sustainable Development Goal (SDG) Perpustakaan Akademik, Anjuran Jawatankuasa Tetap Perpustakaan Akademik.
Setinggi-tinggi tahniah kepada Perpustakaan UTM kerana telah memenangi tempat pertama dalam Pertandingan SDG Perpustakaan Akademik 2022 melalui “Projek Terangi Hatiku: Bahan Braille Special Learning Tool Kits” anjuran Jawatankuasa Tetap Perpustakaan Akademik, Persatuan Pustakawan Malaysia.