Perpustakaan UTM telah melalui Audit Pensijilan Semula (Recertification Audit) ISO 9001:2015 pada 22 – 23 Ogos 2022 setelah 24 tahun mengamalkan Sistem Pengurusan Kualiti sejak tahun 1998 berdasarkan skop piawaian yang ditetapkan. Audit telah dilaksanakan secara fizikal yang diketuai oleh Puan Siti Rahmah Ahmad selaku Ketua Juruaudit, Mary Ngu Toh Ing di UTM Johor Bahru dan Puan Maznah Mat Isa di Perpustakaan Sultanah Zanariah, UTM Kuala Lumpur.
Laporan Audit Pensijilan Semula kali ini tidak mencatatkan sebarang ketidakakuran (Non-Conformance Report (NCR)) tetapi telah mendapat empat Opportunity for Improvement (OFI) di Perpustakaan UTM Johor Bahru dan dua OFI di Perpustakaan UTM Kuala Lumpur.
Jabatan Perpustakaan UTM akan terus berusaha menerapkan budaya kualiti berterusan dan memperbaiki penyampaian perkhidmatan berkualiti tinggi dalam organisasi untuk terus kekal cemerlang di masa akan datang.