Pada bulan Ogos 2022 yang lalu, Green Office Jabatan Perpustakaan telah melaksanakan aktiviti pengumpulan barangan E-Waste di peringkat Perpustakaan UTM bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah dan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah, Johor Bahru. Aktiviti ini bertujuan menyokong usaha sama yang dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital) yang melaksanakan Program Drive and Drop eWaste dengan meletakkan tong hijau yang ditempatkan berhampiran pintu masuk dan keluar UTMDigital (D07). Program dijalankan sepanjang bulan Ogos sempena Sambutan 50 tahun UTM.

Perpustakaan UTM telah menempatkan satu tong eWaste berhampiran kaunter sirkulasi di setiap bangunan Perpustakaan yang terlibat bagi menggalakkan staf Perpustakaan UTM untuk membuat pengumpulan barangan kecil elektronik yang telah rosak dan usang dan tidak lagi boleh digunakan. Antara barangan elektronik kecil yang berjaya dikumpulkan adalah bateri telefon, wayar sambungan elektrik, wayar pengecas telefon, earfon, telefon bimbit dan ‘powerbank’.

Pengumpulan barangan eWaste ini berjalan dari 4 hingga 30 Ogos 2022. Diharapkan aktiviti seperti ini dapat memupuk kesedaran kepada staf Perpustakaan UTM untuk membuat pengasingan bagi sisa pepejal dan barangan eWaste. Pengurusan bahan eWaste haruslah dibuang di tempat yang sepatutnya dan tidak sewenang-wenangnya dicampur sekali dengan bahan yang lain. Ini kerana komponen di dalam eWaste mengandungi bahan-bahan toksik dan merbahya seperti merkuri, plumbum, kadmium, arsenik, bromin, berlium dan pelbagai lagi. Jika tidak diuruskan dengan bijak dan cekap, bahan-bahan ini akan meresap ke dalam bumi lantas mencemarkan sumber air. Hidupan akuatik dan manusia akan terancam jika eWaste tidak dilupuskan secara mesra alam.

 

Share this :