Mengambil inisiatif bagi meningkatkan jumlah pinjaman bahan layanan terbuka, Unit Sirkulasi PUTM di bawah seliaan “Kumpulan A” telah diberi tanggungjawab untuk mengadakan Kempen “Check out and redeem your mystery gift” di Aras 3, Bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah, UTM Skudai.
Buku yang dipamerkan meliputi semua kategori bahan seperti buku motivasi, travelog, masakan, kreatif, agama, kekeluargaan, ilmiah dan banyak lagi. Pameran ini diadakan mulai 18 Julai 2022 sehingga 31 Julai 2022.

Peminjam dan Pemenang Pertama – Sdr Muhammad Iqbal Haikal bin Samia’an, Pelajar PhD
Kempen yang terbuka kepada staf dan pelajar UTM ini juga mendapat sambutan mengalakkan dari staf akademik. Syarat yang ditetapkan adalah pengguna mesti meminjam minimum 3 buah buku bagi membolehkan menyertai cabutan bertuah di mana buku yang dipinjam mestilah mempunyai pelekat berwarna oren.
Buku-buku dipamer secara santai untuk menarik minat pengguna adalah matlamat kami. Justeru, PUTM telah memuatnaik kempen di Facebook, whatsapp group dan medan media lain.

Peminjam dan Pemenang Kedua – Prof. Madya Dr. Mohd Farid Bin Muhamad Said

Pasangan suami isteri – Sdr. Nurul Hidayat & Pn Erni Yulianti, pelajar PhD
Daripada 130 naskhah buku yang dipamerkan, sebanyak 97 naskhah bersamaan 74.6% buku telah dipinjam oleh pelajar dan staf UTM. Berikut adalah senarai pengguna yang telah meminjam 3 naskhah buku dan ke atas yang layak menyertai kempen ini.
- Muhammad Iqbal Haikal bin Samia`an
- Prof Madya Dr. Mohd Farid bin Muhamad Said
- Norsyazwani binti Mohd Ariffin
- Nur Farah Shahzaliana binti Mohamed Yatim
- Siti Anniza binti Aznan
- Nur Shafira Husna binti Mazlan
- Hameeza binti Sarman
- Uji Rohani binti Ahmad
- Nurul Hidayat
- Erni Yulianti
- Nur Fathin Amira binti Mazlan
- Nurhidayah binti Zaid
- Wan Nurfarahusna binti Wan Yusof
- Salihuddin bin Bakhri
- Siti Nor Hashidah binti Zakaria
- Nurul Jannah binti Roslan
- Norazalina binti A Samad
- Habibah binti Samsudin
- Muhammad Sayid bin Saifuzzaman
- Muhammad Suhayl Azmin bin Saipollizan
- Nur Shahira Izzatie binti Mazlan
- Muhammad Iqbal Haikal bin Samia`an
- Noor Amirul Amin bin Ahmad
Diharapkan program seperti ini dapat dilaksanakan lagi terutama ketika kemasukkan pelajar baru pada September 2022 nanti.