Sinergi Jabatan Perpustakaan UTM dan UTM Toastmasters Club telah menganjurkan program Bicara Karya yang bertajuk: “My Johor Stories” dan “Ah Fook” menerusi medium maya Facebook. Program ini menampilkan dua orang penulis iaitu Puan Peggy Loh dan Encik Jong Chian Lai. Kedua-dua penulis mengupas naskhah penulisan masing-masing iaitu “My Johor Stories” dan “Ah Fook”. Program yang dikemudikan oleh Sofizianti Saleh telah berlangsung selama satu jam diatas talian pada tarikh 23 Ogos 2022.
Puan Peggy Loh menceburi bidang penulisan bermula dengan menjadi penulis akhbar News Straits Times dan telah menyumbang penulisan beliau di pelbagai ruangan. Buku penulisan beliau yang bertajuk “My Johor Stories” telah dinobatkan sebagai buku terbaik MPH Non-Fiksyen pada tahun 2017. Beliau juga pernah mengarang di ruangan Travel Times dalam akhbar tersebut. Namun begitu, walaupun ruangan Johor Stories dipasarkan di seluruh negara, ia masih tidak memadai bagi beliau. Ini kerana beliau berhasrat agar berita itu disiarkan di ruangan Selatan, lantaran itu, berita Johor Buzz telah pun diwujudkan. Oleh sebab jati diri beliau sebagai anak Johor, beliau telah menyumbang penerbitan berkaitan Johor dari perspektif beliau untuk ruangan tersebut. Puan Peggy Loh telah menghimpunkan pelbagai cerita menarik di ruangan Johor Streets. Pada ruangan “Opinion Page” beliau telah berkongsi cerita tempat beliau membesar, suasana pada masa dahulu dan sekarang di sekitar Johor. Beliau berkongsi memori dalam bentuk gambar berkaitan dan menyatakan cadangan tempat sejarah yang beliau pernah melawat di Johor sepanjang beliau membesar di Johor.
Pertanyaan daripada pembaca mengenai ruangan yang ditulis telah membuatkan beliau menghasilkan penulisan di ruangan blog bertajuk “My Johor Stories”. Kisah di blog ini telah menarik minat pembaca di serata dunia untuk mengikuti perjalanan hidup penulis yang membesar di Johor. Seterusnya, hasil nukilan beliau telah menimbulkan minat anak syarikat, Think City, untuk menerokai kisah My Johor Stories dengan menghimpunkan kisah yang ditulis dan dijadikan sebuah buku. Pada tahun 2016, ayah beliau telah meninggal dunia. Oleh sebab itu, beliau menerima tawaran daripada Think City untuk membukukan kisah penulisan beliau sebagai penghormatan untuk ayahnya. Sebagai tanda penghormatan kepada ayahnya, beliau sanggup untuk melihat foto-foto lama, kenangan bersama ayah dan keluarga serta negeri Johor walaupun ianya amat menyakitkan buat beliau. Pada 27 Julai 2022, pelancaran buku beliau diadakan di MPH. Beliau tidak menyangkakan bahawa kesemua buku “My Johor Stories” yang dipasarkan telah habis dijual. Ini membuatkan beliau sangat bersyukur kerana mendapat sambut begitu.
Kandungan yang terdapat dalam naskhah “My Johor Stories” ialah Memories, Portraits dan By the Way. Dalam kandungan Memories ia memperlihatkan kisah mengenai datuk penulis, kandungan Portraits pula memperlihatkan personaliti Johor dan kandungan By the Way pula menceritakan warisan budaya di negeri Johor. Kisah yang terkandung dalam naskhah ini merupakan pengalaman beliau sendiri. Signifikasi semua lokasi yang terkandung dalam naskhah tersebut berkaitan dengan peribadi penulis.
Puan Peggy juga telah menyatakan cabaran ketika menulis naskhah ini kerana penghasilan novel bukan fiksyen adalah lain daripada buku fiksyen kerana ia berdasarkan realiti dan terdapat verifikasi bagi cerita tersebut. Harapan penulis adalah berkongsi kepada pembaca, khasnya kepada anak muda untuk menghargai tali persaudaraan yang telah terbentuk pada zaman terdahulu yang akhirnya mencetuskan Bangsa Johor pada era kini. Penulis juga berkongsi momen-momen dan lakaran gambar bangunan di Johor yang mengamit hati pembaca untuk menyelusuri tempat bersejarah di Johor Bharu.
Seterusnya, moderator beralih pula kepada panel kedua iatu Encik Jong Chian Lai yang berlintas langsung secara maya dari Sarawak. Beliau telah berjaya menulis banyak cerpen yang diterbitkan di dalam antologi penerbitan selain diterjemahkan dalam dwibahasa. Beliau telah memenangi pelbagai anugerah dalam bidang penulisan yang membanggakan. Buku ini mengangkat sejarah bagi watak Ah Fook iaitu imigran dari China yang ingin mengembangkan ekonomi di negeri Sarawak yang mempunyai latar belakang Sejarah. Sumber buku ini ialah daripada pengalaman peribadi, rakan-rakan dan pemerhatian diri sendiri. Terdapat banyak sumber yang digunakan untuk mendapat ilham bagi pengkaryaan di negeri China. Watak Ah Fook ialah sesuatu watak yang benar dan wujud di dalam kalangan masyarakat kita. Watak Ah Fook amat dekat dengan penulis kerana ianya adalah untuk semua bangsa kerana memperkembangakan integrasi, membina satu keluarga yang menimbangkan nilai-nilai nasional. Memenangi anugerah terjemahan terbaik merupakan satu titik tolak yang baik kerana beliau fasih dalam bahasa Melayu dan Jawa. Bahasa Melayu beliau dapat ditingkatkan ketika beliau berada di Sekolah Menengah di Pahang. Banyak pembacaan yang telah dibaca sebagai sumber dan ilmu bantu kepada beliau. Perkara asas yang diterapkan oleh penulis ialah duduk, membaca, menulis dan berfikir untuk menulis beberapa muka surat. Beliau menyatakan kurnian bakat ini adalah kurniaan daripada Tuhan. Sepanjang menulis sepanjang dua tahun buku-buku yang dirujuk seperti buku Geografi, Biology, google dan Youtube.
Inspirasi utama Encik Jong Chian Lai dalam penghasilan naskhah ini adalah sikap rakyat Malaysia yang menitikberatkan isu perkauman telah menimbulkan kebimbangan kepada beliau. Penulis ingin meletakkan satu gagasan iatu rakyat Malaysia yang berbilang agama, bangsa, boleh hidup dalam satu keluarga Malaysia. Encik Jong Chian Lai menegaskan bahawa beliau memilih untuk menulis menggunakan Bahasa Melayu atas rasa cinta beliau terhadap Bahasa Melayu. Mulai tahun 1978, lebih 40 tahun penulis cuba memperkasakan Bahasa Melayu melalui cara penulisan yang sentiasa konsisten dengan gaya penulisan. Pengulas kedua menegaskan sasaran utama bagi naskhah ini ialah pelajar-pelajar Sekolah Menengah dan Universiti kerana di situ nilai intergrasi dapat diterapkan. Nilai menghormati kaum dan agama bagi masyarkat di Malaysia dapat ditunjukkan melalui nilai moral yang tinggi, toleransi dan nilai menghormati pelbagai agama dan bangsa masing-masing melalui penulisannya.
Novel ini dihasilkan berdasarkan sebuah cerpen yang bertajuk Daerah Merdeka yang Haram. Penghasilan novel ini banyak dibantu oleh rakan-rakan, pemerhatian diri sendiri dan pandangan rakan-rakan yang mengalami kemiskinan pada zaman tersebut. Garapan yang sangat teliti dalam Once Man Bible hasil karya penulis daripada China menjadikan sumber inspirasi bagi penulis untuk menghasilkan naskhah ini. Maklum balas yang diterima oleh penulis sangat hebat apabila penjualan buku ini laris di pasaran setelah dipamerkan di pameran buku. Harapan penulis agar naskhah ini dapat diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris dan Mandarin telah dilaksanakan oleh ITPM namun terdapat sedikit kesilapan yang menyebabkan pengeluaran tersebut tersekat. Penulis juga mengharapkan agar ianya dapat diterbitkan dalam bahasa dunia dan diterbitkan dalam filem.