Sinergi Perpustakaan UTM, Prof. Dr. Maketab Mohamed dan Persatuan Pustakawan Malaysia-Kumpulan Selatan (PPMKS) telah merealisasikan program khidmat masyarakat di Perkampungan Orang Asli, Kampung Batu Peti, Negeri Sembilan. Sejumlah 200 naskah buku telah disumbangkan oleh Persatuan Pustakawan Malaysia (Kumpulan Selatan) selain sumbangan pakaian terpakai hasil sumbangan individu.

Pada 15 Mei 2022, hasil sumbangan buku telah diserahkan kepada beberapa guru Orang Asli di Kampung Batu Peti Bahau Negeri Sembilan untuk kegunaan di Sekolah Kebangsaan Merting dan Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan bagi tujuan kelas membaca kanak-kanak Orang Asli di kawasan berkenaan. Manakala sumbangan pakaian disalurkan kepada keluarga Orang Asli Bateq di Kampung Cangkung, Sungai Keniam Taman Negara Pahang.

Semoga usaha ini dapat membantu masyarakat Orang Asli untuk menimba ilmu dan menyemarakkan budaya membaca serta memberi manfaat yang berkekalan di masa hadapan.

 

Share this :