Projek “Satu Aksara Sejuta Amalan” merupakan sinergi Perpustakaan UTM, Jawatankuasa Buku Baca dan Persatuan Pustakawan Malaysia-Kumpulan Selatan (PPMKS) untuk telah program khidmat masyarakat transiliterasi buku bertajuk Baca di Karnival Bentala Daksina bersempena sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan Negeri Johor bertempat di Plaza Angsana, Johor Bahru yang telah diadakan pada 26 hingga 28 Ogos 2022.

Objektif projek ialah menyediakan ekosistem membaca yang inklusif serta menyuburkan minat membaca dalam kalangan Murid Berkeperluan Khas (MBK) kelainan upaya penglihatan. Sebanyak 18 orang sukarelawan yang terdiri daripada staf Perpustakaan UTM telah ditugaskan untuk menyelaras dan memantau projek di booth secara berjadual.

 

Penyertaan program khidmat masyarakat dibuka kepada orang awam yang mengunjungi booth dan mengambil bahagian dalam projek transliterasi braille. Sijil turut disediakan. Jumlah sukarelawan yang terlibat di sepanjang projek ini adalah seramai 57 orang.

Semoga usaha ini dapat membantu Murid Berkeperluan Khas (MBK) kelainan upaya penglihatan untuk menimba ilmu dan menyemarakkan budaya membaca serta memberi manfaat yang berkekalan di masa hadapan.

Share this :