Majlis Pelancaran Projek “Satu Aksara Sejuta Amalan” dan Sesi Baca & Santai di Karnival Irama Bentala Daksina bersempena Dekad Bahasa Kebangsaan Negeri Johor 2022 telah diadakan pada 26 Ogos 2022, di Plaza Angsana, Johor Bahru. Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Puan Siti Sumaizan binti Ramli, Pengerusi, Jawatankuasa Penerbitan Buku Baca.
Seramai 57 orang sukarelawan tampil mengambil bahagian dalam Projek Transliterasi Braille, “Satu Aksara Sejuta Amalan” yang telah berlangsung selama 3 hari bermula 26 hingga 28 Ogos 2022 di Plaza Angsana, Johor Bahru. Jabatan Perpustakaan UTM merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada para sukarelawan yang telah terlibat dalam program khidmat masyarakat ini.
Share this :