‘Tiada Sesiapa yang Tertinggal : Perpustakaan Sebagai Agen Perubahan’ merupakan tema persidangan tahunan perpustakaan Malaysia tahun 2022 yang diadakan pada 25 hingga 27 Mei 2022 secara dalam talian menggunakan aplikasi Airmeet. Persidangan anjuran Persatuan Pustakawan Malaysia dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Perlancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) di Hotel Seri Pacific.

Penganjur telah menerima sejumlah 21 kertas persidangan ditulis oleh Pustakawan yang terdiri daripada Perpustakaan Awam, Perpustakaan Universiti Awam dan Persatuan Pustakawan Awam. Jabatan Perpustakaan UTM tidak melepaskan peluang menyertai persidangan ini dengan memajukan dua kertas persidangan iaitu Persepsi Pengguna Terhadap Perkhidmatan Perpustakaan Digital UTM Pasca Covid-19 oleh Khairulbahiyah Yaakub dan Syazwani Syamimi Mat Pauzi.

Manakala kertas persidangan kedua bertajuk #BacaCelikHati: Usaha Perpustakaan UTM Menyantuni Keperluan Membaca Golongan Kelainan Upaya Penglihatan oleh Khairulbahiyah Yaakub, Haliza Zainal dan Liza Porijo.

Persidangan turut dimeriahkan dengan pertandingan poster yang terdiri daripada tiga kategori iaitu Information Scientist, Young Explorer dan Junior Wizard

Share this :