Program Lestari Talk Siri IV telah diadakan pada 12 Oktober 2022 bersempena dengan UTM Library Research Weeks 2022. Program anjuran Green Office Perpustakaan UTM dengan kerjasama Green Office Sekolah Kejuruteraan Kimia & Kejuruteraan Tenaga telah bersiaran secara langsung menerusi Facebook Perpustakaan UTM dan Youtube UTM Library. Panel jemputan terdiri daripada Prof. Madya Ts. Dr. Ho Wai Shin, Green Manager dari Fakulti Kejuruteraan Kimia Dan Kejuruteraan Tenaga, UTM dan Prof. Madya Dr. Zarina binti Ab Muis, Pengarah Process System Engineering Centre (PROSPECT), UTM. Moderator program ialah Puan Zafarina binti Dol, Green Manager dari Perpustakaan UTM.

Menurut WHO, jejak karbon ataupun carbon footprint adalah satu ukuran kesan aktiviti manusia  terhadap jumlah karbon dioksida (CO2) yang dihasilkan melalui pembakaran bahan api fosil dan dinyatakan sebagai pelepasan CO2 yang dihasilkan dalam ukuran tan. Berdasarkan maksud tersebut Dr. Ho Wai Shin menerangkan bahawa carbon footprint ini adalah daripada pembakaran bahan api fosil disebabkan oleh aktiviti seharian setiap individu di mana ia akan menghasilkan carbon footprint tersebut.

Di antara aktiviti harian yang menghasilkan pengeluaran karbon adalah seperti pengangkutan utiliti, penggunaan elektrik di rumah (pengunaan televisyen, mengecas telefon bimbit, penggunaan penyaman udara dan lain-lain), proses pengeluaran produk, perkhidmatan dan lain-lain lagi. Dr. Ho Wai Shin juga turut berkongsi kaedah pengiraan pengeluaran karbon yang boleh dilayari di laman sesawang https://www.carbonfootprint.com/calculator.aspx. Secara tidak langsung ia memberi pendedahan serta kesedaran kepada pengguna untuk memelihara serta menjaga alam sekitar berdasarkan aktiviti harian yang dilakukan.

Dr. Zarina menerangkan berkenaan dengan kelestarian dan cara untuk mengukur tahap kelestarian tersebut. Definisi kelestarian mengikut United Nations World Commission of Development and Environment ialah meeting the needs of the present without compromising the ability of future generations to meet their own needs. Secara ringkasnya kelestarian di mana kita seharusnya menjaga dunia ini seolah–olah kita meminjam daripada generasi akan datang. Definisi yang kedua pula ialah sustainability consists of fulfilling the needs of current generations without compromising the needs of future generations, while ensuring a balance between economic growth, environmental care and social well-being. Ini adalah kerana sustainability meliputi tiga (3) elemen utama iaitu ekonomi, sosial dan persekitaran.

Selain itu, Dr. Zarina turut menerangkan mengenai data input-create database, process data using proximiy-to-target (PTT) concept & expected output iaitu kaedah yang digunakan untuk mengukur kelestarian. Seterusnya beliau telah berkongsi berkenaan dengan kajian yang berkaitan dengan pengeluaran karbon. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada penonton serta kebaikan yang dapat digunakan dalam kehidupan seharian.

 

Share this :