Nukilan bersemangat daripada Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang telah memberi inspirasi kepada penganjuran Program Baca & Santai (Read & Relax) kali ini. Program kali ini mengangkat sebuah naskah yang bertajuk Baca terbitan Persatuan Pustakawan Malaysia khusus untuk masyarakat bersempena Kuala Lumpur World Book Festival 2022.

Buku ini diulas oleh tiga panel jemputan iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi Abu@Husin, Timbalan Dekan, Fakulti Tamadun Islam, UTM, Dr. Zahrah Yunos, Ahli Jawatankuasa Buku Baca dan Datin Hjh. Che Normadiah Hj. Che Abbas, Penasihat Pertubuhan GPM Malaysia dan dipengerusikan oleh saudara Danial Iskandar Jafridin, Presiden Majlis Perwakilan Pelajar, UTM.

Program turut diserikan dengan sesi kuiz bersama para pelajar yang hadir serta Majlis Penyerahan Buku Baca kepada beberapa sekolah, jabatan kerajaan dan badan bukan kerajaan yang terpilih.

Share this :