Program K-Sharing sempena Research Week 2022 yang diadakan pada 14 Oktober 2022 (Khamis) anjuran Perpustakaan UTMKL telah menjemput Prof. Dato’ Ir. Dr. A Bakar Jaafar untuk membuat perkongsian yang bertajuk OTEC: Renewable Energy for Sustainable Development.

Perkongsian selama satu jam ini telah memberi input dan pengetahuan berkenaan sumber tenaga yang boleh diperbaharui. Ocean thermal merupakan salah satu sumber tenaga yang banyak memberi manfaat selain dapat menyumbang kepada Sustainable Development Goals (SDG).


Perkongsian ini merungkai beberapa aspek seperti berikut:
1. Tenaga: Sumber Utama & Sekunder, Boleh Diperbaharui & Tidak Boleh Diperbaharui
2. Tenaga Terma Lautan: Sumber Boleh Diperbaharui Tenaga di kawasan Tropika
3. Ekonomi Hidrogen Hijau & Sektor Pengangkutan
4. Sasaran Pelepasan Sifar Bersih: CCU & Pengeluaran daripada Hidrokarbon Hijau

OTEC ialah loji janakuasa yang menggunakan air laut  di permukaan yang panas untuk menyejat cecair air ammonia, dan kemudian wap ammonia memacu turbin untuk menjana elektrik. Bentuk tenaga yang paling banyak di Bumi ialah haba, kira-kira 70% daripada semua bentuk tenaga, dan kebanyakannya disimpan dilapisan atas lautan dalam merentasi kawasan khatulistiwa. Haba yang terkandung di dalamnya boleh diekstrak dan ditukar kepada kuasa elektrik, atau jika tidak, bahan api hidrogen. Hidrogen akan menjadi pembawa tenaga yang paling dominan menjelang pertengahan Abad ke-21 ini. Pembawa tenaga lain seperti elektrik, minyak, gas asli dan arang batu akan menjadi kurang penting selepas ini.

Di Malaysia, telah ditetapkan bahawa tenaga haba lautan mempunyai potensi kapasiti melebihi 22,000 MW. Ringkasnya, teknologi OTEC, yang dianggap sebagai salah satu daripada 21 teknologi baru yang muncul merupakan tenaga yang paling berkesan dalam Abad ini. Ianya adalah satu-satunya teknologi penukaran tenaga yang menjana.

UTM merupakan satu-satunya Universiti di Malaysia yang mempunyai maklumat dan kepakaran berkaitan OTEC ini, Perkongsian ini sangat memberi maanfaat dengan menyebar luas maklumat baru kepada penonton serta memberi pendedahan berkenaan ilmu yang berkaitan. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat dan menarik lebih ramai penyelidik dan pelabur demi masa hadapan Malaysia yang lebih mapan.

 

 

Share this :