Program BookSharing@UTMKL 2022/Siri 15 telah diadakan pada Khamis, 24 November 2022 menampilkan seorang panel pengulas iaitu En. Ashraf bin Zainal Mokhtar, Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa , UTMSPACE Kuala Lumpur. Beliau memilih buku bertajuk Islam and the Modern Muslim World yang ditulis oleh Professor Golam W. Choudhury.

Menurut pengulas buku ini membincangkan mengenai sifat, perkara asas dan asal usul kebangkitan Islam moden sebagai kuasa antarabangsa dan isu pemodenan dan pembaratan yang dihadapi oleh negara-negara Islam moden yang berusaha untuk mengekalkan identiti Islam mereka.

Di awal pembacaan, penulis menerangkan tentang betapa pentingnya rukun Islam kepada orang Islam yang dianggap sebagai perkara asas yang wajib diketahui. Sebagai contoh, solat harus ditunaikan pada waktunya dan ini merupakan satu cara yang ideal untuk mendidik umat Islam dalam menepati masa dan menjaga kebersihan. Manakala ketika solat di masjid, semua umat Islam di dalam masjid adalah sama disisi Allah SWT yang membezakan mereka adalah amalan masing-masing.

Seterusnya, penulis menyatakan isi penting yang terkandung dalam buku ini ialah perintah politik didalam Islam berlandaskan Al-Quran bagi membina kekuatan umat Islam dan Allah SWT menyeru umatnya agar berbuat baik di dalam semua tindakan. Adalah wajar bagi seorang yang mempunyai kuasa untuk menuntut ilmu sehingga tahap yang tinggi dan menyebarkan ilmu kepada yang lain.

Di dalam penulisan ini, penulis turut menceritakan sejarah komuniti politik Islam berlaku akibat pemindahan dari Greek ke tanah Islam dari abad ke-9 hingga ke-12. Menurut pengulas, penulis ada menyatakan Islam sebagai satu ideologi teras untuk menjadi sebuah Islam yang moden berlandaskan Quran dan Sunnah. Persepsi Barat tentang Islam yang dikatakan menggalakkan layanan berat sebelah antara jantina  dan menindas wanita adalah kenyataan yang tidak betul dan salah tanggapan sepenuhnya. Kefahaman tentang Islam yang sebenarnya adalah Islam agama yang aman, sentisa menolak keganasan dan sentiasa menghormati antara satu sama lain.

Di akhir program, pengulas berpendapat melalui pembacaan ini kita sebagai umat Islam di dalam dunia yang moden ini kita tidak boleh memisahkan agama dengan duniawi penguasaan terhadap ilmu agama akan lebih mendorong untuk lebih positif dan maju.

Share this :