Perpustakaan Raja Zarith Sofiah (PRZS) berbesar hati menerima kunjungan hormat oleh delegasi Universitas Islam Negeri Walisongo Semarang, Indonesia pada 29 November 2022 (Selasa). Senarai delegasi adalah seperti di bawah:

1. Prof. Dr. H. M. Mukhsin Jamil, Vice-Chancellor (Academic Affairs and Institution Development)
2. Dr. H. Akhmad Arif Junaidi, Head of Center for Research and Community Service
3. Dr. Hamdan Hadi Kusuma, Dean (Faculty of Science and Technology)
4. Dr. Lulu Choirun Nisa, Dean (Faculty of Usuluddin and Humanities)
5. Anila Umriana, Head of Information and Technology Center
6. Dr. H. Ismail, Secretary of the Quality Assurance Institute
7. H. Umar Falahul Alam, Bureau of General Administration, Student Affairs and Cooperation
8. Dr.H. Hasyim Muhammad, Head of Library
9. Drs. H. Teguh Sarwono, Head of Integrated Laboratory

Sesi penerangan mengenai Jabatan Perpustakaan UTM telah disampaikan oleh YBrs Ketua Pustakawan, Pn Nor Asikin Mohamad di Bilik Seminar 1 & 2 PRZS dan turut dihadiri oleh semua Timbalan Ketua Pustakawan dan Ketua Seksyen.

Setelah selesai sesi taklimat, para delegasi telah dibawa melawat ke beberapa galeri di Perpustakaan Raja Zarith Sofiah (PRZS) iaitu:
a) Galeri Raja Zarith Sofiah
b) Sudut Bacaan Tan Sri Dr. Salleh Bin Mohd Nor, Pro Canselor UTM
c) Galeri Tokoh Penyelidik
d) Galeri Koleksi Khazanah Intelektual Johor

Share this :