Pada 14 November 2022 (Isnin) telah diadakan satu Sesi Library Engagement di Azman Hashim International Business School (AHIBS), Perpustakaan UTM Kuala Lumpur. Tujuan sesi ini adalah untuk berkongsi maklumat berkaitan Data Penerbitan Fakulti AHIBS serta Perkidmatan Sokongan Penyelidikan yang ditawarkan oleh Perpustakaan.

Dua orang Pustakawan Kanan iaitu Puan Nurrull Huda Abdul Wahid dan Puan Khairun Nadzrah Khalid telah berkongsi maklumat yang berkaitan bersama-sama dengan staf akademik di AHIBS.

Di sesi ini, sebanyak 7 perkara yang telah diberikan penerangan lanjut iaitu :

1) Perunding Sokongan Penyelidikan
2) Garis panduan untuk Radis
3) Program Pendidikan Pengguna (Literasi Maklumat)
4) Endnotes & Turnitin
5) Penggunaan Pangkalan Data dan Document Management System (DMS)
6) Permohonan Interlibrary Loan (ILL)

Seramai lebih kurang 12 orang staf akademik yang hadir pada sesi kali ini. Diharapkan semoga sesi ini dapat membantu staf akademik di AHIBS untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh Perpustakaan UTM dalam menyokong proses pembelajaran dan penyelidikan.

 

Share this :