Pada tanggal 24 November 2022 yang lalu, Perpustakaan UTM telah mengadakan satu Majlis Perasmian Sudut Bacaan Tan Sri Salleh bin Mohd. Nor bertempat di Bilik Seminar 1, Perpustakaan Raja Zarith Sofiah, UTM Johor Bahru yang disempurnakan oleh Tan Sri Salleh bin Mohd. Nor, Pro-Canselor UTM pada jam 3.00 petang. Majlis turut diserikan lagi dengan kata alu-aluan oleh Puan Nor Asikin Mohamed, Ketua Pustakawan Perpustakaan UTM.

Objektif utama sudut bacaan ini diwujudkan adalah untuk memperkenalkan dan mewujudkan persekitaran yang kondusif dan sudut bacaan yang sesuai untuk pembacaan di peringkat universiti. Sebanyak 907 naskhah buku telah disumbangkan oleh  Ybhg. Tan Sri Dr. Salleh Bin Mohd. Nor kepada pihak perpustakaan UTM dan ditempatkan di Sudut Bacaan Tan Sri Salleh bin Mohd. Nor.

Antara justifikasi utama pelaksanaan sudut bacaan ini adalah kerana Perpustakaan UTM berperanan dalam pembangunan koleksi hasil daripada sumbangan individu dan seterusnya memberi inspirasi kepada orang ramai untuk terus menyumbang koleksi bacaan mereka ke Perpustakaan UTM. Oleh itu, sekalung penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Tan Sri Dr. Salleh Bin Mohd Nor, Pro-Canselor UTM atas kesudian beliau meluangkan masa merasmikan sudut bacaan tersebut dan tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar.

Share this :