Masjid UTM Kuala Lumpur (KL) telah menganjurkan sebuah karnival yang diberi nama ‘Karnival Masjid Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur’ pada 12-16 Disember 2022. Pelbagai aktiviti telah dirangka dan antaranya adalah ‘Pertandingan Kenduri Sekampung’ yang diadakan pada 14 Disember. Seramai 10 orang staf Perpustakaan UTM KL telah menyertai pertandingan ini dengan nama kumpulan ‘Delicious Kitchen’.

Sebanyak lapan kumpulan telah bertanding dan setiap kumpulan dikehendaki untuk memilih satu menu bertemakan masakan kampung untuk dihidangkan mengikut kreativiti masing-masing kepada juri. Oleh itu, kumpulan ‘Delicious Kitchen’ telah memilih untuk menyediakan menu ‘Asam Pedas Ayam Johor Style’ dengan masa yang diperuntukan selama dua jam menggunakan bahan-bahan yang disediakan. Pertandingan ini telah diadili oleh seorang juri profesional di dalam bidang masakan iaitu Chef Liza Zainol.

Kumpulan Delicious Kitchen dari Perpustakaan UTM KL untuk memenangi  tempat ke-4 dengan saguhati RM100.00. Tahniah kepada semua peserta yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung di atas kejayaan Delicious Kitchen serta sokongan moral dari semua staf Perpustakaan UTM KL.

Share this :