Perpustakaan UTM Kuala Lumpur telah terlibat secara langsung sebagai sukarelawan sempena Sambutan Hari Sungai Sedunia @ Kebun Bandar Sungai Bunus yang diadakan pada 25 September 2022 bertempat di Kebun Bandar Sungai Bunus, Kuala Lumpur.
Program ini menyokong Agenda 2030 untuk Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals, SDGs), terutamanya SDG6 (Akses air bersih dan sanitasi), SDG11 (Bandar dan komuniti mampan), SDG13 (Tindakan memerangi perubahan iklim), SDG15 (Kehidupan darat) dan SDG17 (Rakan kerjasama untuk matlamat).
Seramai lapan (8) staf perpustakaan telah terlibat dalam program anjuran Campus Sustainable (UTM CS) dan juga Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN) Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur sinergi dengan pelbagai pihak luar antaranya BERNAMA, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Persatuan Pustakawan Malaysia, dan lain-lain.
Program dimulakan dengan acara senamrobik dan seterusnya aktiviti gotong-royong membersihkan persekitaran Sg. Bunus. Aktiviti tersebut telah disertai oleh staf UTM serta komuniti setempat yang turut sama menyumbangkan tenaga untuk sama-sama membersihkan kawasan tersebut.
Selaku pusat penyebaran ilmu pengetahuan, Perpustakaan UTM tidak lupa untuk turut sama menyajikan pelbagai maklumat berkaitan sungai di seluruh Malaysia selain menyediakan pelbagai hadiah menarik untuk sesiapa yang menyertai aktiviti menjawab soalan yang diberikan oleh staf Perpustakaan UTM KL dengan tepat. Perpustakaan UTMKL juga turut menyumbangkan 20 buku kepada The Malaysia Board on Books for Young People (MBBY) sebagai tanda penghargaan dan kerjasama.
Syabas Perpustakaan UTM kerana telah bertungkus lumus dalam dalam memastikan kejayaan program ini dan semoga segala maklumat yang disediakan dapat dimanfaatkan kepada semua pengunjung yang hadir.