Persidangan Pustakawan telah diadakan pada 18-19 Disember 2022 di Bilik Seminar 1&2 Perpustakaan Raja Zarith Sofiah dari jam 8.00 sehingga 5.00 petang. Persidangan ini dianjurkan bagi menetapkan hala tuju dan perancangan aktiviti Perpustakaan UTM sepanjang tahun 2023. Program telah dimulakan dengan ucapan aluan dan taklimat oleh YBrs Ketua Pustakawan, Puan Nor. Asikin binti Mohamad.

Kesemua Pustakawan telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil mengikut Bahagian di Jabatan Perpustakaan, UTM. Kesemua kumpulan kecil ini, diberi tanggungjawab untuk melihat semula Key High Impact Result dan High Impact Result bagi menjana idea dan merancang inisiatif bagi setiap sasaran yang ditetapkan  serta menetapkan sasaran dan kuantiti yang perlu dicapai dalam setiap suku tahunan untuk dilaporkan kepada pengurusan tertinggi universiti.

Program telah diakhiri dengan sesi pembentangan oleh kesemua wakil kumpulan dan seterusnya disusuli dengan sesi soal jawab.

Share this :