Galerium UTM telah menerima lawatan kerja daripada pihak Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kuala Lumpur pada 20 Disember 2022 yang terdiri seramai lima (5) orang staf daripada pihak DBP Kuala Lumpur. Lawatan ini telah berlangsung bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada 4.40 petang serta melibatkan semua staf daripada Seksyen Galeri.

Lawatan kerja ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan cadangan bagi menubuhkan sebuah galeri khusus yang dinamakan sebagai Galeri Bahasa dan Persuratan Melayu khususnya tentang kaedah dan konsep peragaan serta amalan konservasi dan penyimpanan koleksi artifak yang dipraktikkan oleh Perpustakaan UTM.

Taklimat dan penerangan ringkas berkaitan Galerium UTM telah diberikan oleh Ketua Seksyen Galeri, Encik Mohd Fuad bin Mohamed Yusof dan diikuti dengan sesi perbincangan dan soal jawab oleh pihak DBP seterusnya membuat lawatan ke ruang pejabat Seksyen Galeri khususnya di Bilik Konservasi dan juga lawatan ke Galerium UTM.

Pihak Perpustakaan UTM amat berbesar hati menerima lawatan kerja daripada pihak DBP dan berharap lawatan ini dapat terjalin platform sinergi antara kedua belah pihak pada masa akan datang.

Share this :