Projek penghasilan Kod QR bahan Special Learning Tool Kit (SLTK) telah memasuki fasa akhir pada tahun 2023. Pembangunan Bahan SLTK merupakan inisiatif Perpustakan UTM melalui Program Khidmat Masyarakat pada tahun 2019 bagi mempelbagaikan sumber bahan bacaan serta pengkayaan maklumat golongan pelajar kurang upaya penglihatan di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) Princess Elizabeth, Johor Bahru.

Antara enam (6) tajuk bahan SLTK adalah seperti berikut:

  1. Tokoh Nasionalis Tanah Melayu
  2. Perdana Menteri Malaysia
  3. Seni Bina Bangunan Bersejarah Johor
  4. Tokoh Kemerdekaan & Penubuhan Malaysia
  5. Sejarah Kesultanan Johor
  6. Seni Bina Bangunan Bersejarah

Sebuah jawatankuasa gerak kerja telah dilantik bagi melicinkan perjalanan projek penghasilan Kod QR SLTK. Projek ini merangkumi proses rakaman audio bahan SLTK yang di baca oleh Sdr. Mohd Admin Sadali dan suntingan audio yang dijalankan oleh Seksyen Media.

Bengkel penjanaan Kod QR dan muatnaik maklumat bahan SLTK dalam talian diberikan oleh Seksyen Automasi pada 26 Julai 2022 di Makmal Pencarian Maklumat, Aras 2, PSZ Johor Bahru. Pada fasa terakhir, proses penjanaan dijalankan sepenuhnya oleh En Muhammad Hazim Yusof dan dibantu oleh jawatankuasa yang dilantik bagi menyemak audio dan kandungan bahan SLTK yang dimuatnaik.

Semoga usaha murni ini dapat merancakkan amalan membaca memberikan manfaat kepada murid berkeperluan khas di SKPK Princess Elizabeth serta sekolah-sekolah lain di seluruh Malaysia.

 

Share this :