Program khidmat masyarakat melalui projek emboss dan jilid telah dijalankan sepanjang tahun 2022 adalah kesinambungan daripada projek terjemahan 500 bahan braille pada 2019. Projek ini diadakan secara berkumpulan dan mengikut giliran yang telah ditetapkan di Pusat Sumber SKPK Princess Elizabeth, Johor Bahru. Sasaran bagi setiap kumpulan adalah sebanyak 50 naskhah bahan braille.

Satu taklimat dan hands on telah diberikan kepada ketua kumpulan sukarelawan yang dilantik pada 28 Jun 2022 oleh Cikgu Nurul Nazihah Hishamudin, Penyelaras Pusat Sumber SKPK Princess Elizabeth mengenai proses kerja bagi memastikan output yang dihasilkan memenuhi piawaian yang digariskan.

Antara proses yang terlibat di dalam gerak kerja projek emboss dan jilid adalah seperti berikut:

  1. Scan muka depan buku atau buat pencarian di internet
  2. Cetak dan laminate muka depan buku
  3. Tampal muka depan di kertas hard cover
  4. Cetak (emboss) bahan braille
  5. Binding naskhah bahan braille

Oleh itu, sebanyak 100 naskhah bahan braille telah berjaya disiapkan dan projek ini akan diteruskan pada tahun 2023 bagi mencapai sasaran 100% emboss dan jilid bahan braille. Semoga usaha murni Perpustakaan UTM dapat merancakkan ekosistem pembudayaan membaca dalam kalangan murid kelainan upaya penglihatan seterusnya meningkatkan ilmu pengetahuan mereka bagi kegunaan harian di masa hadapan.

 

Share this :