Pada 14 Jan 2023 (Sabtu), satu taklimat aluan kepada Pelajar Program Diploma UTMSPACE telah dilaksanakan. Lebih kurang 15 orang pelajar Diploma UTMSPACE separuh masa telah terlibat. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Puan Nurrull Huda Abdul Wahid, Pustakawan Kanan Perpustakaan UTM Kuala Lumpur. Sesi tersebut diadakan di Aras 2, Residensi UTM Kuala Lumpur.

Lebih kurang 30 minit masa yang diberikan ini digunakan sebaik mungkin untuk menyampaikan maklumat berkaitan perkhidmatan dan kemudahan yang ada di perpustakaan. Tujuan taklimat ini adalah untuk memberi informasi dan panduan dalam membantu pelajar baru ini dari segi pencarian maklumat dan bantuan runding rujuk bagi keperluan pembelajaran mereka.

Maklumat pautan kepada portal perpustakaan juga turut diberikan dan bahan digital yang boleh diakses secara atas talian juga dimaklumkan. Penggunaan OPAC, pangkalan data atas talian, Document Management System (DMS) dan perisian Endnotes ditekankan dalam taklimat ini memandangkan kemudahan tersebut adalah yang paling kerap diakses oleh pelajar. Maklumat tambahan untuk usulan bagi mendapatkan Kelas Maklumat Literasi Perpustakaan juga diperincikan.

Akses mudah kepada perpustakaan seperti Online Chat, Librarian by Appointment dan platform media sosial yang ada juga dikongsi bagi membantu pelajar untuk mendapatkan maklumat dan mencari sumber yang tepat.

Jabatan Perpustakaan UTM Kuala Lumpur berharap agar maklumat yang dikongsi ini dapat dijadikan panduan dan pemudah cara kepada pelajar baru ini dalam langkah awal untuk memperoleh ilmu pengetahuan.

Share this :