Pada 17 Januari 2023, Galerium UTM telah menerima lawatan kerja daripada pihak Pusat Strategi Maritim & Sejarah (PUSMAS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terdiri daripada tiga (3) orang pegawai TLDM. Lawatan ini berlangsung pada jam 12 tengah hari dan berakhir pada 1.15 petang serta melibatkan semua staf daripada Seksyen Galeri.

Lawatan kerja ini bertujuan untuk mendapatkan input dan sumber maklumat berkaitan koleksi Ilmu Pengetahuan Institusi, Perpustakaan UTM berkaitan dengan sejarah lisan tokoh Johor: Leftenan Komander (B) Mohamed Sarif bin Kalam. Beliau adalah merupakan tokoh yang sangat penting dalam lipatan sejarah Malaysia di mana beliau merupakan insan yang dipertanggungjawabkan untuk menaikkan bendera Malaysia ketika hari kemerdekaan negara kita iaitu pada 31 Ogos 1957.

Pihak Perpustakaan UTM amatlah berbesar hati menerima lawatan kerja daripada pihak PUSMAS TLDM dan berharap lawatan ini dapat terjalin platform sinergi antara kedua belah pihak pada masa akan datang.

Share this :