Perpustakaan UTM telah menerima lawatan penandaarasan daripada delegasi Universitas Negeri Malang (UM), Indonesia pada 30 Januari 2023 dengan seramai 5 orang pelawat yang terdiri dari pengurusan Kanan Universitas Negeri Malang. Para pelawat telah dibawa melawat ke sekitar PSZ dan PRZS sekitar jam 10.00 pagi sehingga 1.30 tgh hari.
Tujuan lawatan adalah untuk melihat kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh Perpustakaan UTM dan sekaligus sebagai satu peluang sinergi dan jalinan hubungan kerjasama di masa akan datang. Antara intipati perbincangan ialah tentang inisiatif perkongsian sumber maklumat, pengendalian koleksi digital perpustakaan, pembangunan koleksi ilmu pengetahuan institusi, sinergi program perpustakaan serta latihan sangkut pustakawan di masa hadapan.
Peserta lawatan juga tidak melepaskan peluang untuk turut mengunjungi Galerium Perpustakaan UTM di kedua-dua bangunan Perpustakaan yang menempatkan pelbagai peralatan, perkakasan, dan artifak yang digunakan sejak awal penubuhan UTM.