Perpustakaan Sultanah Zanariah, UTM Johor Bahru amat berbesar hati menerima kunjungan lawatan 100 orang peserta Program Kepimpinan Pengawas Sekolah Rendah Arab (JAIM) Merlimau Pasir, Melaka pada 19 Januari 2023, sekitar jam 2.30 petang.
Sesi lawatan ini telah dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil yang diketuai oleh 3 petugas Perpustakaan UTM, iaitu En Akmal Alif, En Mohd Azmi Jufri dan Pn Siti Norlela Isnin.
Peserta lawatan telah diberikan penerangan berkaitan perkhidmatan, kemudahan dan juga prasarana yang disediakan oleh Perpustakaan UTM kepada para penggunanya. Peserta lawatan turut dapat menyaksikan sebahagian gelagat mahasiswa dan mahasiswi yang sedang tekun manjalankan tugasan dan berdiskusi di ruangan terbuka aras 3 bangunan PSZ.
Peserta lawatan juga tidak melepaskan peluang untuk turut mengunjungi Galerium Perpustakaan UTM yang menempatkan pelbagai peralatan dan perkakasan yang digunakan sejak awal penubuhan UTM dan mempelajari serba sedikit tentang sejarah UTM. Sesi lawatan berakhir pada jam 4.00 petang.