Perpustakaan Raja Zarith Sofiah telah menerima kunjungan delegasi dari Universitas Tanjungpura pada 6 Februari 2023 (Isnin) yang terdiri daripada sembilan (9) orang staf dari Universitas Tanjungpura, Indonesia. Lawatan ini bermula pada jam 12.00 tengah hari dan berakhir pada jam 1.00 tengah hari. Sesi lawatan dan penerangan ringkas mengenai bangunan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah ini telah dikendalikan oleh Timbalan Pustakawan, En Yusrul Hisham.

Antara delegasi Universitas Tanjungpura, Indonesia yang hadir ialah:
1. Prof. Dr. Ing. Seno Darmawan Panjaitan, S.T., M. T – Head of department of Eletrical Engineering.
2. Prof. Dr. Ruqiah Ganda Putri Panjaitan, S.Si., M. Si – Professor of Department of Biology.
3. Dr. Henry Sujaini, S.T., M. T- Associate Professor of Department of Informatics.
4. Dr. Erni Panca Kurniasih – Associate Professor of Department of Economics / Head of Economics Bachelor Program.
5. Dr. Bintoro Siswo Nugruho – Head of Department Physics.
6. Syaiful Muazir, Ph. D. – Head of Architecture Bachelor Program.
7. Dr. Arif Bijaksana Putra Negara, S.T., M. T- Associate Professor of Department of Informatics.
8. Dr. Maswadi, S.P., M. Sc – Head of Agribusiness Bachelor Program.
9. Dr. techn. Zairin Zain – Associate Professor of Department of Architecture / Director of International Affairs Office.

Sepanjang lawatan, delegasi dari Universitas Tanjungpura ini telah diberikan pendedahan mengenai fasiliti, koleksi dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Perpustakaan Raja Zarith Sofiah kepada pengguna UTM. Para delegasi juga telah dibawa melawat beberapa galeri antaranya Galeri Raja Zarith Sofiah, Galeri Tokoh Penyelidik dan Galeri Koleksi Khazanah Intelektual Johor. Para delegasi juga berpeluang untuk melawat ruang koleksi tesis di aras 3, PRZS yang menghimpunkan tesis-tesis baharu dan terkini fakulti di UTM.

Pihak Perpustakaan UTM amat berbesar hati menerima lawatan penanda aras daripada pihak Universitas Tanjungpura dan beharap lawatan ini dapat mejalinkan hubungan kerjasama dan sinergi antara kedua belah pihak di masa akan datang.

Share this :