Program Team Building Perpustakaan UTM telah diadakan pada 27 Februari 2023 di Hutan Rekreasi, UTM Johor Bahru. Kira-kira 60 orang staf telah terlibat manakala seramai 20 peserta adalah daripada Perpustakaan UTM Kuala Lumpur (PUTMKL). Staf PUTMKL telah tiba sehari lebih awal iaitu pada hari Ahad (26 Februari 2023) dan menginap di Scholars Inn, UTMJB.

Program dimulai dengan sesi pendaftaran peserta pada jam 7.30 pagi dan disusuli pula dengan program senamrobik. Dua orang wakil pengurusan Perpustakaan UTM, iaitu Pn. Zaleha Atan dan Kamariah Mohamed Jong selaku Timbalan Ketua Pustakawan turut hadir dan menyampaikan kata-kata semangat kepada semua staf sebelum program bermula.

Aktiviti seterusnya adalah ‘Explorace’ di mana ia melibatkan 4 ‘checkpoint‘ yang wajib ditempuhi oleh 6 kumpulan secara bergilir-gilir. Antara checkpoint yang perlu dilalui peserta adalah Mirror, Spider Trap, Psycho dan Legoland. Di setiap checkpoint, akan diadakan aktiviti yang membolehkan peserta mengumpul markah dan seterusnya melayakkan kumpulan mereka diumumkan sebagai pemenang.

Aktiviti bersifat fizikal ini tamat pada jam 12 tengahari. Peserta diberikan masa untuk berehat seketika sebelum program bersambung pada sesi petang. Sesi petang melibatkan sesi motivasi yang dikendalikan oleh Dr. Zulfikar Bin Ahmad (Pegawai Psikologi) dari Pusat Kaunseling UTM JB yang bertajuk ‘Amanah Menjadi Beban’ di mana penceramah telah menjelaskan tentang tanggungjawab setiap pekerja yang bukan mudah untuk digalas.

Program diakhiri dengan penyampaian hadiah serta sijil penyertaan kepada semua kumpulan yang terlibat. Diharapkan program team building ini dapat diteruskan untuk tahun-tahun yang akan datang dan melahirkan pekerja yang boleh memberikan kerjasama sesama rakan sekerja dan tidak kekok untuk kerja berpasukan. Tahniah kepada semua peserta yang telah memberi semangat serta kerjasama yang baik sepanjang program diadakan. Tahniah!

Share this :