Pada 6 Mac 2023, Perpustakaan Sultanah Zanariah telah menerima kunjungan pelawat yang terdiri daripada tenaga pengajar kolej vokasional program Agroindustri Tanaman yang merupakan peserta Kursus Pensijilan Profesional Asas Ukur Tanah Pertanian yang dianjurkan oleh Fakulti Alam Bina & Ukur (FABU), UTM.

Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang peta-peta topografi yang telah dihasilkan. Sesi lawatan dan taklimat ringkas telah disampaikan oleh staf bertugas iaitu saudara Akmal Alif Bin Amran dan penerangan lebih terperinci tentang peta disampaikan oleh Tuan Haji Abdullah selaku penyelia bagi kursus tersebut. Beliau juga merupakan mantan pensyarah di Fakulti Alam Bina & Ukur.

Terima kasih kerana sudi hadir ke sesi lawatan ke PSZ, bagi pihak perpustakaan, kami berharap agar lawatan ini dapat memberi manfaat kepada para peserta dan hasil dapatan daripada lawatan ini, dapat membantu para peserta berjaya menghabiskan kursus dengan jayanya. Selamat maju jaya kami ucapkan.

Share this :