UTMKL Book Club telah mengadakan perjumpaannya yang pertama pada 16 Mac 2023 di The Sage, Residensi UTMKL. Untuk makluman, UTMKL  Book Club telah ditubuhkan pada 1 Mac 2023 oleh Perpustakaan UTMKL sebagai satu inisiatif mengumpulkan semua pencinta buku di bawah satu platform. Inisiatif ini dilihat sejajar dengan fungsi Perpustakaan UTM yang merupakan gedung penempatan buku dan diharapkan penubuhan ini dapat memberikan impak positif dan menjadikan UTMKL Book Club mampu dijadikan wadah wacana sesama ahli kelab.

Perjumpaan pertama ini telah disertai oleh kira-kira 11 tetamu yang terdiri dari Pro Naib Canselor UTM, Prof. Ts. Dr. Abd Latif Saleh, wakil UTM Holding iaitu En. Muhammad Kamil Kushairi, wakil dari jabatan Perpustakaan UTM serta wakil dari jabatan UTM yang lain.

Perkongsian ringkas buku dilakukan oleh Puan Nik Masriza Zakaria, Puan Munira Mohamed Roznan dan Encik Mohd Fazlan Abd Patah. Dr Rahayu Binti Tasnim turut membuat perkongsian mengenai platform perkongsian e-book yang dinamakan ‘Peranti’ kepada semua tetamu yang hadir semalam.

Terima kasih atas semua jemputan yang menjayakan perjumpaan pertama ini dan diharapkan agar dapat berterusan memberi sokongan serta perkongsian kepada UTMKL Book Club. UTMKL Book Club akan memastikan motif penubuhan kelab ini terlaksana sedikit masa lagi.

Share this :