Pada 15 Mac 2023 (Rabu), Perpustakaan Raja Zarith Sofiah telah berbesar hati menerima kunjungan lawatan daripada sekumpulan para pelajar dari Kolej Yayasan Pelajaran Johor.

Tujuan mereka mengadakan lawatan tersebut adalah untuk mendapatkan maklumat dan rujukan berkaitan dengan tugasan akhir semester mereka di mana mereka telah memilih PRZS sebagai penanda aras.

Sesi lawatan yang telah berlangsung selama hampir 2 jam tersebut telah diselia oleh dua orang staf iaitu Cik Tuan Syahirah Tuan Abdul Rahman, Penolong Pegawai Pustakawan di PRZS dan Pn. Nazurah Nordin, Pustakawan dari Perpustakaan Sultanah Zanariah.

Kedua-dua pegawai perpustakaan tersebut telah menyampaikan maklumat dan informasi kepada para pelajar tersebut terutama berkaitan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh perpustakaan dan kegunaan ruang-ruang khusus di dalam bangunan Raja Zarith Sofiah yang boleh diakses oleh para pengguna.

Pihak Perpustakaan UTM mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran para pelajar tersebut dan di atas kesudian mereka unutk memilih PRZS sebagai lokasi untuk penyiapan tugasan mereka. Semoga hasil dapatan maklumat daripada lawatan ini dapat membantu para pelajar tersebut untuk menyiapkan tugasan mereka dengan sempurna.

Share this :