Sesi Bual Bicara Ketua Pustakawan Bersama Staf Bil.3/2023 telah diadakan pada 9 Jun 2023 (Jumaat) jam 10 pagi bertempat di Bilik Ilmuan 2, Anjung Menara Razak UTMKL. Ketua Pustakawan, Puan Nor Asikin Mohamad telah mengadakan sesi ini untuk menyampaikan maklumat serta amanat kepada semua staf perpustakaan di Kuala Lumpur untuk memahami dengan jelas hala tuju jabatan pada tahun 2023 ini serta kekal cemerlang dalam menjalankan tugas di UTM, khasnya Jabatan Perpustakaan UTM.

Puan Nor Asikin Mohamad turut menzahirkan penghargaan di atas sumbangan serta komitmen yang telah diberikan oleh semua staf UTM Kuala Lumpur untuk sesi 2022/2023 ini.

Di samping itu,  ucapan tahniah & syabas turut disampaikan atas kejayaan Perpustakaan UTMKL menjayakan Program Read to Lead dan Pelancaran Kelab Buku UTM Kuala Lumpur pada 8 Jun 2023.

Sebelum mengakhiri sesi ini, anugerah khas iaitu Anugerah Kehadiran Terbaik & Zero MC untuk tempoh Januari sehingga April 2023 telah diberikan kepada 4 orang staf Perpustakaan UTMKL iaitu:

a) Encik Nor Iman Ibrahim

b) Encik Hairi Aziz

c) Puan Siti Aznur Mohd Salleh

d) Puan Norzilah Abd Aziz

Semoga anugerah ini menjadi inspirasi kepada staf lain untuk terus komited dalam memberikan yang terbaik untuk kecemerlangan diri serta organisasi dan memastikan enVision 2025 Jabatan Perpustakaan UTM tercapai.

Share this :