Perpustakaan Raja Zarith Sofiah UTM JB telah menerima kunjungan lawatan daripada panel penilai akreditasi penuh bagi program Pengajian Am dengan Kepujian (UTM SPACE) pada 21 Jun 2023. Panel penilai akreditasi terdiri daripada Prof. Madya Dr. Aini Suzana bt Arifin, Prof. Madya Dr. Abdul Kadir bin Othman dan Pn. Khairunnisa bt Ab Gani. Lawatan ini dikendalikan oleh Pn. Syahranah Ahmad Raqi, Pn. Nur Nazurah Nordin dan Cik Tuan Syahirah Tuan Abdul Rahman.

Penerangan ringkas mengenai Perpustakaan UTM, koleksi-koleksi bahan yang boleh didapati di PSZ JB dan PRZS, perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna dan peranan perpustakaan serta pustakawan dalam bidang penyelidikan telah disampaikan oleh Pn. Syahranah dan Pn. Nazurah. Sesi soal jawab turut berlangsung sepanjang sesi lawatan dijalankan.

Di samping itu, demonstrasi kaedah pencarian maklumat dan capaian kepada pangkalan data turut ditunjukkan kepada para panel oleh pustakawan pengiring di mana demonstrasi ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelawat mengenai tatacara perpustakaan mengurus maklumat dan bahan-bahan rujukan untuk keperluan pembelajaran dan juga penyelidikan.

Secara keseluruhan, program lawatan tapak dan proses audit ini telah berlangsung dengan lancar seperti yang dirancang. Semoga UTM Space berjaya mendapat pengiktirafan akreditasi penuh bagi Program Pengajian Am.

Share this :