Pada 24 Jun 2023 (Sabtu), Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) telah dikunjungi oleh peserta Program Refugee Tour Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang dianjurkan oleh Kelab Iqra’, UTM. Sesi lawatan ini disertai oleh 36 orang peserta dan 2 orang guru pengiring.
Program Refugee Tour UTM merupakan sebuah program bagi memupuk kesedaran dalam berinteraksi, menzahirkan kasih sayang serta sekongan terhadap kanak-kanak pelarian Rohingya. Selain itu, ia juga bertujuan untuk meraikan kanak-kanak ini di samping itu, berkongsi ilmu-ilmu asas Islam dan secara tidak langsung berkongsi pengalaman berada di dalam universiti.
Para peserta di bawa melawat ke keseluruhan bangunan perpustakaan. Sesi lawatan kali ini dikendalikan oleh En Noor Effendy Hamzah dan En Muhamad Idham Sulong. Sesi lawatan ini berlangsung selama satu jam. Pustakawan bertugas turut berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang koleksi perpustakaan dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada para pengguna perpustakaan. Selain itu, para peserta turut dibawa melawat ke ruangan Gallerium yang berada di aras 2 bangunan PSZ.
Semoga perkongsian kali ini dapat memberikan pengalaman yang terbaik kepada para peserta Program Refugee Tour ini, Tahniah kepada Kelab Iqra’ yang berjaya menjayakan program pada kali ini.