Program BookTalk@Library Siri 11 telah diadakan pada 20 Julai 2023 (Khamis). Dua orang staf yang terlibat untuk sesi kali ini ialah Nurul Hatikah Hasan dan Nur Nadia Anuar yang merupakan Pembantu Pustakawan di Perpustakaan UTM Kuala Lumpur. Program dimulai dengan perkongsian dari Nurul Hatikah Hasan yang memilih buku berjudul Option B penulisan dari Sheryl Sandberg & Adam Grent.

Menurut beliau, penulisan buku ini adalah hasil gabungan daripada pengalaman hidup Sheryl dan juga pandangan daripada pakar psikologi, Adam Grant tentang bagaimana cara untuk mengatasi kesedihan dan cara untuk bangkit semula selepas mengalami dugaan hidup yang besar. Penulisan buku ini diharap dapat membantu orang sekeliling untuk turut sama membantu individu yang sedang bersedih untuk bangkit semula dalam hidup.

Menurut beliau, buku ini turut menceritakan serba sedikit mengenai latar belakang Sheryl Sandberg. Pada tahun 2015, Sheryl telah kematian suaminya secara mengejut. Hasil siasatan, suaminya mati akibat serangan jantung. Sheryl merasakan bahawa kehidupannya sudah tidak lagi bermakna dan anak-anaknya tidak akan bahagia atau gembira selepas kematian suaminya.

Namun, beliau menyedari bahawa beliau perlu bangkit dari kesedihan demi anak-anaknya. Beliau juga mengingatkan bahawa akan sentaiasa ada ‘Option B’ selepas ‘Option A’ jika sesuatu berlaku diluar jangkaan. Penulis turut berkongsi tips untuk kekal tabah iaitu dengan mendapatkan sokongan dari ahli keluarga, dan menjalink persahabatan dengan mereka yang pernah mengalami ujian yang sama sebelum ini.

Program diteruskan dengan perkongsian dari Nur Nadia Anuar yang memilih buku “Digital Minimalism: Choosing a Focused Life in a Noisy World” yang ditulis oleh Cal Newport. Menurut beliau, buku ini mengajak pembaca refleksi samada penggunaan masa kita banyak habiskan dengan gajet dan media sosial berbanding dunia sebenar. Menurut beliau, buku ini ada menyatakan bahawa teknologi seperti iPhone dan Facebook telah direka untuk menagih pengguna mereka. Contohnya, pengguna tertarik untuk melawat laman sesawang untuk melihat sesuatu maklumat. Walaubagaimanapun, tanpa mereka sedari masa telah diambil lebih dari 30 minit untuk melawat laman sesawang yang sama dan melangkau dari satu tajuk ke satu tajuk yang lain.

Menurut beliau lagi, penggunaan aplikasi atau “apps” yang terlalu banyak juga memberi kesan kepada diri. Beliau mencadangkan untuk memilih “apps” yang benar-benar diperlukan sahaja dan gunakan secara optimum serta elakkan kebergantungan terhadap teknologi termasuk video game dan penstriman video contohnya Netflix.

Sebelum mengakhiri perkongsian ini, beliau mengatakan bahawa sememangnya teknologi amat penting untuk masa kini.  Walaubagaimanapun, kita harus berwaspada kepada kebergantungan diri sendiri terhadap teknologi dan media sosial yang mungkin menjadikan kita hamba teknologi.

Share this :