Pada 25 Mei 2023, Perpustakaan Sultanah Zanariah (UTM JB) telah melaksanakan Program Gotong-Royong Bil. 1/2023 yang merupakan salah satu amalan penambahbaikan secara berterusan sejajar dengan objektif kualiti berteraskan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Aktiviti ini melibatkan semua staf termasuk yang bertugas petang.

Sebelum program dilaksanakan, satu sesi taklimat ringkas disampaikan oleh setiap ketua kumpulan kepada staf seliaan masing-masing, ini bagi memudahkan proses pembahagian tugasan pembersihan dijalankan.

Aktiviti gotong-royong kali ini melibatkan beberapa kawasan / ruang utama bangunan Perpustakaan yang terdiri daripada Ruang Bacaan Am, Bilik Perbincangan, Bilik Karel, Surau Wanita, Bilik Jamuan, Pantri, Kawasan Komputer dan Makmal Penyelidikan Maklumat.

Aktiviti gotong–royong ini selesai dilaksanakan pada jam 3.30 petang. Tahniah diucapkan kepada semua staf Perpustakaan PSZ JB diatas penglibatan semua, bertungkus lumus memberikan komitmen dalam merealisasikan program pada hari ini.

Share this :